TARIKH : 19 JULAI 2011
HARI : SELASA
Monday, July 18, 2011
Friday, February 18, 2011
Ketagihan Daun Ketum
Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.
Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.
Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.
Kesan penagihan daun Ketum
Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah
- susut berat badan
- insomnia
- anoreksia
- bibir menjadi kering
- sembelit atau kesukaran membuang air besar.
- kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya
- Simptom-simptom tarikan seperti mata dan hidung berair
- sengal-sengal sendi
- mudah marah
- lemah untuk bekerja
inilah pokok ketum yang tumbuh meliar di sekitar kita terutama di kawasan berhampiran sungai.
*Ketum adalah pokok yang berasal dari kawasan Asia Tenggara. Ia tergolong di dalam keluarga pokok kopi. Daun ketum lazim digunakan sebagai perangsang, sebagai ubat penenang, untuk rileks atau rehat, sebagai ubat penahan sakit, ubat mengatasi cirit birit dan rawatan untuk penagihan heroin.
*Ia boleh dikunyah dalam bentuk daun segar atau serbuk. Ia juga boleh direbus seperti teh, ataupun dihisap. Serbuk daun ketum boleh diperah dan dicampur dengan jus buah-buahan untuk mengurangkan rasa pahitnya.
*Ketum telah diharamkan penggunaannya oleh kerajaan Malaysia, Australia, Thailand dan Myanmar.
*Tanda-tanda dan gejala
Kekerapan penggunaan daun ketum boleh menjadi satu tabiat. Penyalahgunaan daun ketum juga boleh menimbulkan gejala-gejala seperti keganasan, permusuhan, pengeluaran air mata yang kerap, sakit lenguh-lenguh di otot dan sendi, kerap membuang air kecil dan boleh menghadapi sembelit. (najis selalunya kelihatan gelap, keras dan kecil).
Penggunaan daun ketum dalam jangka masa yang panjang boleh menghasilkan gejala tarikan/gian fizikal sepertimana yang dihasilkan dari penggunaan heroin, seperti merasa seram sejuk, muntah, cirit-birit, mudah marah dan sering menjadi letih-lesu. Gejala-gejala tarikan ini akan berakhir dalam jangka masa 4 ??? 5 hari.
*Kesan dan akibat
Penggunaan daun ketum secara jangka panjang boleh menyebabkan kulit pipi menjadi gelap. Penagihan ketum juga boleh menyebabkan mereka mendapat sawan dan menjadi hilang akal (psikosis ketum).
Masalah ketum semakin menular bukan sahaja di kalangan orang ramai malah terhadap pelajar. Berdasarkan kajian dan pengakuan pelajar, pengambilan air ketum semakin bertambah dan ramai pelajar yang mudah terjebak dalam penagihan ketum. Sumber bekalan yang mudah dan ianya kadangkala dapat dilihat menjadi suatu hidangan dalam kenduri kendara. Paling membimbangkan apabila kanak-kanak pelajar mula minum air ketum bersama keluarga sendiri. Terdapat pengakuan pelajar yang disoalselidik menyatakan bahawa mereka minum air tersebut sewaktu kenduri diadakan di rumah mereka.
Ketum berada dalam penguatkuasaan akta Racun. Ketika ini penguatkuasaan ke atasnya masih kurang. Pelajar-pelajar yang berada di kampung atau Felda, mudah terdedah dengan masalah ini. Ketum dianggap sebagai ramuan air akar kayu (herba), menyebabkan ianya digunakan tanpa melihat kesan jangka panjangnya.
Thursday, February 17, 2011
KEPUTUSAN PERTANDINGAN MEWARNA POSTER TAHAP 1 DAN MELUKIS POSTER TAHAP 2 PPDa
TAHUN 1
1. MUHAMAD IQBAL SYAHMI BIN ROSDI
2. AINA MAISARAH BT HASHIM
3.NAIM BIN HASHIM
4.AMIRUL AMIN BIN WAHAB
5.CHE NUR SAJIDAH BT MAT SIDEK
6.MUHAMAD KHIDIR BIN NORHISHAM
TAHUN 2
1. CHE NUR ZAKIAH BT MAT SIDEK
2. NUR AISYAH UMAIRAH BT ABDUL LATIF
3.FIRDAUS BIN FAZATAH
4.NUR SYAZWANI BT SALIM
5.MUHAMAD SYAFIQ BIN AZMI
6.NUR FATIHAH BT AZMAN
TAHUN 3
1.MOHD HAZWAN AFIQ BIN KAMARUDDIN
2.NUR SYAFIQAH MAISARAH BINTI ROSDI
3.NUR SYAKIRAH BINTI EDI
4.MOHD DANISH AL BAZLI BIN KAMARUZZAMAN
5.MOHD AZRI HAKIMI BIN MOHD BAKRI
6.MOHD HAKIMI BIN SHAMSUDIN
TAHUN 4
1.NUR AL FATIHAH IZZATI BT KAMARUZZAMAN
2. MOHD LUFTI ANAS BIN ZAWAWI
3.MOHD HAZIQ BIN AZMAN
4.MOHD AIMAN ZULLHAKIM BIN NAZERI
5.NUR ALIE FAZRINA BIN MOHD ZAMRI
6.NUR SYAFIQAH FAZRIN BINTI YUSOF
TAHUN 5
1.NURUL AFIQAH BINTI SAMSUDIN
2. NUR SYAMIMI BALQIS BINTI ROSDI
3.NUR FATHIAH AISYAH BIN AZLAN
4.NUR SYASYA ATHIRAH BT MOHD ASRI
5.RUMAISHA MILHAN BINTI MOHD NORHISHAM
6.NUR FARHANA BINTI EDI
TAHUN 6
1.MOHD AMIR AIMAN BIN NAZERI
2. NURUL LIYANA ASYIKIN BT ROSDIN
3.NURUL ATHIRAH BINTI KAMARUDIN
4.NOR AINA MAISARAH BINTI MARZUKI
5.NUR SYAZWANI BINTI ROSLAN
6. NAZMI ASRAN BT MOHD ZAPAWI
Monday, February 14, 2011
Saturday, February 12, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)