Pengenalan

Latar belakang PPDa

Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan `Dadah Musuh Utama Negara’. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibubapa.
Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah adalah dilaksanakan oleh sebuah unit khas iaitu BADAN PELAKSANA PPDa, unit ini berperanan dalam memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibubapa akan bahaya ancaman dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran `Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012’

Rasional

Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid kita sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah secara sistematik dan berkesan.

Objektif

  1. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibubapa supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
  2. Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi dikalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental

Visi

"SEKOLAH BEBAS DADAH TAHUN 2012"


Misi

"Melahirkan murid bebas dadah melalui Program PPDa yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah"

Matlamat

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah adalah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibubapa agar mereka menjauhi dan berupaya menentang ancaman dadah.
    Pendidikan Pencegahan Dadah boleh:
  • Meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah murif supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
  • Membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi dikalangan murid dan segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
  • Membentuk budaya sihat, tingkah-laku positif dan amalan nilai-nilai murni dikalangan pelajar.
  • melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.
  • Menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat murid sekolah daripada terlibat dengan dadah.