Pengenalan
Dadah adalah satu-satunya masalah sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Bermula tahun tahun 70-an sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif hinggakan Perdana Menteri sendiri terpaksa membuat teguran. Mengikut penilaian United Nations International Drug Control Program, dalam tahun 1993 sahaja, sebanyak 24,023 orang penagih dadah telah dikenal pasti di Malaysia. Daripada bilangan ini 59.3% adalah penagih yang menagih semula manakala sebanyak 10,216 orang telah ditangkap kerana kesalahan bersabit dengan dadah.
______________________________________________________
Definisi
Dadah adalah bahan kimia psikoaktif dan apabila digunakan - ditelan, hidu atau disuntik – akan mengubah emosi, perasaan, aksi dan persepsi seseorang.
Dadah ialah bahan psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri berikut: - Membawa kesan buruk kepada sistem saraf pusat.
- Digunakan bukan untuk tujuan perubatan.
- Diperolehi secara haram.
- Membawa pergantungan fizikal dan psikologi.
- Memberi kesan buruk kepada kesihatan dan fungsi sosial.
___________________________________________________________
Jenis-jenis Dadah
OPIAT CANABINOID |
STIMULAN DEPRESEN HALUSINOGEN |
PSIKOTRAPIK(ATS) INHALANT |
_________________________________________________________________________
Faktor Penyalahgunaan Dadah
Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan serta Profil Penagihan di Malaysia yang menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15 - 25 tahun. Sebahagian besarnya adalah belia-belia yang masih bersekolah samada di sekolah kerajaan, swasta atau pun di pusat-pusat pengajian tinggi.
Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah kerana:
- ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.
- tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah tersebut.
- dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
- mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan. menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
- untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibu dan bapanya.
- tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat dan berfaedah.
- mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.
- kerana keporak-perandaan rumahtangga.
- tiada kemesraan yang baik di antara ibubapa dan anak-anak. kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya dengan cara menjadi pengedar.
- kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar untuk menjalankan pengaruhnya. serta kurangnya pengetahuan agama dan penghayatan nilai-nilai agama.
Tanda-tanda Penagihan
Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti rupa, sikap, tabiat dan tingkahlaku. Beberapa tanda umum yang boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah :
- kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja..
- meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya..
- mengelakkan diri daripada tanggungjawab..
- kemerosotan rupa paras dan kebersihan diri..
- tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau yang dimiliki..
- hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca- kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu..
- parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja..
- berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah..
- meminta wang secara berlebihan daripada keluarga..
- suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang- barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga..
- selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah.
_________________________________________________________________________
Akibat Penagihan
Kesan dadah boleh dilihat dari 4 sudut iaitu :-
- Akibat ke atas penagih
- Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri, si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah, penjenayah serta penipu. Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.
- Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kesihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah berlebihan. Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya.
- Akibat ke atas keluarga penagih
- Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar dikalangan masyarakat. Diri penagih boleh menjadi bebanan kepada keluarganya kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak yang telah terlibat dengan dadah menjadi musnah. Rumahtangga akan menjadi porak peranda. Perpisahan dan penceraian di antara ahli keluarga mungkin berlaku.
- Akibat ke atas masyarakat
- Suasana hidup di dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompak dan lain-lain yang dilakukan oleh penagih-penagih dadah.
- Akibat ke atas negara
- Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat dari segi kos nyata (tangible) dan kos tidak nyata (intangible).